Monday, November 22, 2010

3 Buku pilihan bulan ini dari StormReaders!

3 Buku pilihan bulan ini dari StormReaders!


Ada Bagus Baguss
Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar
HARGA : RM25.90

Menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Daya imaginasi-nya cukup tinggi. Beliau se-gera nampak dan meng-analisa di sebalik apa yang berlaku. Siri ini menghurai tentang motivasi diri, kehidupan, kekeluargaan, ke-ibubapaan, suami isteri, re-maja, disiplin, usaha, pro-fesyen, business, keusaha-wanan, kerjaya, ketuhanan, keagamaan, ibadah, psiko-logi, bahasa, bangsa, nos-talgia, cinta, kesihatan, akhlak, budaya, kembara, aktiviti santai, dan IPT.



Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Umrah dan Adab Ziarah Madianah Tapi Anda Malu Bertanya

Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed
HARGA: Semenanjung M'sia: RM20.0
Buku ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah. Antara faedah yang boleh didapati daripada buku ini ialah: Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan umrah dan ziarah Madinah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu.
* Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru.
* Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
* Boleh dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama ketika mengerjakan umrah dan ziarah.
* Carta Aturan Pelaksanaan Umrah sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan umrah itu sebagai satu overview.

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya

Penulis : Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais
HARGA : RM19.90

Membicarakan pelbagai isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab per-tanyaan anak, dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada pasangan yang sudah lama men-dirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaian-nya.





Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U. StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya Fariz di talian 0129503877 atau email ke farizkumai@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Monday, November 8, 2010

Dapatkan Solusi Isu 25 Mujahadah Melawan Nafsu

Dapatkan Solusi Isu 25
Kod : TBMJ1025

Tajuk: Mujahadah Melawan Nafsu

Di eStore anda sekarang!

"Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai.

Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta, lalu kejahatan dilihat baik.

Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai"

Untuk mengetahui kupasan lanjut mengenai tajuk ini.

Dapat Majalah Solusi Isu 25 di eStore anda sekarang..

Terima Kasih.

MLM patuh syariah

MLM patuh syariah

BERNIAGA merupakan pekerjaan yang sangat dianjurkan di dalam ajaran Islam. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan bahawa sembilan daripada 10 punca rezeki adalah menerusi jual-beli atau perniagaan. Ini bererti, melalui jalan perniagaan, maka pintu-pintu rezeki akan dapat dibuka sehingga kurniaan Allah terpancar daripadanya.

Apatah lagi jual-beli merupakan sesuatu yang dibolehkan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: …Sesungguhnya Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba… (al-Baqarah: 275), dengan catatan selama dilakukan dengan benar, sesuai dengan tuntunan ajaran Islam.

Akhir-akhir ini, kita menyaksikan keghairahan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia bergiat aktif dalam dunia perniagaan pemasaran bertingkat (MLM), sama ada secara separuh masa mahupun sepenuh masa.

Salah satu perniagaan MLM yang perlu diketengahkan ialah Stormreaders Network Sdn. Bhd. yang dimulakan pada Disember 2009. Uniknya, tentang Stormreaders Network ini ialah ia merupakan satu platform MLM yang telah diberi nafas baru.

Ia merupakan perniagaan melalui Internet yang menggunakan kaedah sistem gabung atauaffiliate dan MLM.

Istimewanya, corak MLM yang diguna pakai oleh Stormreaders Network adalah berteraskan syariah. Manakala, dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah ialah Zaharuddin Abd. Rahman dan Dr. Zahazan Mohamed.

Stormreaders Network merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanah air seperti Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamud, Dr. Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi, Zaharuddin Abd. Rahman, Datuk Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk Telaga Biru dilakukan secara konvensional. Sebaliknya, di Stormreaders Network ia membawa pendekatan yang berbeza serta secara tidak melangsung menyediakan pilihan utama kepada mereka yang mahu berniaga MLM yang patuh syariah.

Pengurus Besar Stormreaders Network Sdn. Bhd., Syah Rizal Mohamed dalam satu pertemuan dengan Mega, di pejabatnya di Saujana Damansara, Petaling Jaya, Selangor berkata, dua tahun pertamanya telah dihabis dengan memperoleh lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan mematuhi keperluan syariah.

"Alhamdulillah, walaupun belum mencapai ulang tahun pertamanya, sekarang sudah ada 5,000 ahli dari seluruh Malaysia, Singapura, Australia dan United Kingdom. Malah buku-buku dan cakera padat-cakera padat daripada penerbit besar yang terdapat di Stormreaders Network sudah mencapai 500 tajuk kesemuanya.

"Stormreaders Network bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu, PTS Publication & Distributors, produk-produk Tabung Haji, buku-buku terbitan dari Indonesia dan tidak ketinggalan penerbit Indi (penerbit buku-buku ilmiah mereka sendiri) juga boleh didapati di dalam Kedai Stormreaders.

"Insya-Allah, pada masa akan datang kami akan muncul sebagai pusat sehenti kepada para penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan semua orang untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama Stormreaders Network," kata Shah Rizal.

Berkongsi kisah bagaimana semuanya bermula, cerita anak muda yang memiliki latar belakang dalam bidang teknologi maklumat (IT) itu, dia pernah diperkenalkan oleh seorang teman lama dengan sejenis perniagaan MLM, kira-kira tiga tahun lepas.

"Pada masa itu, saya cuma nampak dua perkara yang menarik tetapi sayangnya ia sekadar gimik sahaja iaitu sistem online tetapi sebenarnya direka-reka dan kedua, produk yang cuba hendak dijual itu sukar untuk diceritakan. Saya mula terfikir kenapa tidak direalisasikan onlineitu walaupun pada masa itu sudah ada tetapi belum jadi satu budaya berbelanja secara onlinedalam masyrakat kita ketika itu.

"Dipendekkan cerita, saya bertekad untuk adakan sistem online dan menggantikan dengan produk yang orang hendak dan bermanfaat. Saat itu, tidak terfikir langsung tentang konsep syariah. Asalnya, saya cuma hendak menyelamatkan industri muzik melalui penjualan CD menerusi kaedah ini. Tetapi ada pula cadangan dimasukkan buku sekali. Dari situlah, saya sedar akan kesesuaian buku menggunakan sistem ini supaya ia sampai ke rumah-rumah.

"Bermula dari situ, saya nampak buku lebih mampu pergi lebih jauh dan amat bersesuaian bukan kerana sebab bisnes tetapi keperluan. Pertemuan dengan Waharp Yusoff dan Zainuddin Abd. Rahman, barulah saya tahu bahawa MLM sebenarnya ada masalah dengan syariah dan beliau menolak bulat-bulat," kata Syah Rizal yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers.

Sambung Syah Rizal lagi, apabila melihat kesungguhan yang lahir ketika itu, akhirnya Zaharuddin akur ia boleh dibuat tetapi dengan kepatuhan syariah. Maka itu, untuk patuh syariah, katanya lagi, akad-akadnya perlu dijelaskan terlebih dahulu, kemudian barulah boleh diteruskan dengan pelan. Apa yang Islam izinkan, cuba patuhkan ikut syariah atau ubah pelan ikut sifat hukum tersebut.

"Kadang-kadang orang rasa pelannya sama, cuma ada serba sedikit sifatnya berubah ataupun penjelasannya berubah. Tetapi di situ kita kena berhati-hati. Misalannya seorang yang belum berkahwin, mereka sah sebagai suami isteri dengan adanya akad nikah yang mengambil masa sekadar seminit dua. Hakikatnya, dengan hanya seminit itu sahaja, ia boleh membezakan seseorang itu berkahwin secara sah atau sebaliknya. Di situlah, besarnya peranan akad tersebut.

"Malah yang penting, harga dijual pada harga pasaran. Kebiasaannya, di MLM biasa, harga dinaikkan demi untuk membayar bonus. Ini sudah jelas bertentangan dengan syariah Islam. Ini kerana telah berlaku penganiayaan kepada pembeli. Selain itu juga, dalam terma belian peribadi, nampak tidak kena sifatnya. Setiap bulan kena jual atau wajib beli. Ini jelas berunsur paksaan," katanya.

Tambah Syah Rizal, pada bulan ini, dia merancang mulakan pasaran ke Sabah dan Sarawak. Diikuti dengan melancarkan Storm Kids, khas buat kanak-kanak.

Menariknya, ada online portal kerjasama dengan sebuah syarikat IT. Pelanggan akan dikenakan bayaran tahunan yang berpatutan dan berpeluang membeli buku-buku dan permainan kreatif.

Bergerak dengan moto Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat, harapan Syah Rizal agar Stormreaders Network menjadi pilihan pertama orang ramai untuk membeli buku secara online.

Selain ia dapat mewujudkan masyarakat berilmu, yang secara tidak langsung dapat memartabatkan bangsa itu kerana ketinggian ilmu di dada dan terakhir, menjadi platform kepada mereka yang mengetahui buku-buku yang berkualiti dari negara luar untuk dipasarkan kepada ulat buku yang lain.

Akui Syah Rizal lagi, dia tidak terlepas daripada menghadapi beberapa cabaran. Antaranya terpaksa menghadapi MLM yang biasa atau telah lama bertapak dalam masyarakat kita iaitu bonus yang jauh lebih besar berbanding MLM yang diperkenalkan menerusi Stormreaders Network.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MLM Stormreaders Network boleh melayari laman web www.stormreaders.com

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

3 Buku pilihan bulan Nov 2010 dari StormReaders!

Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah

Penulis : Abd. Basit Abd. Rahman HARGA : RM 30.00

Klik Sini untuk ke Buku Digital Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil stuktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembagan Masjidilharam, cara penyusunan saf di sekeliling Kaabah dan pelbagai lagi.



Dapatkan di

http://www.stormreaders.net/farizkamis

Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina

Penulis : Haji Muhammad Zakaria

HARGA : RM 16.90

Buku ini mendedahkan rahsia kejayaan seorang insan yang cemerlang dalam segenap bidang yang dicuburinya. Kaedah, formula, tip dan teknik yang digunakan mungkin menjadi panduan yang lebih tersusun dan terarah. Ia juga sesuai dibaca kepada anak-anak dan murid-murid dalam perngurusan pendidikan mereka.


Dapatkan di

http://www.stormreaders.net/farizkamis


Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya

Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri HARGA : RM 26.00

Buku Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya... dihasilkan untuk menjawab segala persoalan mengenai tasawuf. Justeru, dengan persoalan yang dikemukakan ini dengan penuh raja' semoga kemelut tersebut terungkai mengikut Futuh al-'Arifin dan Lisan al-Ulama' serta hikmah mutiara kata dengan ilham Rabbani.

Dapatkan di

http://www.stormreaders.net/farizkamis



Sunday, August 15, 2010

6 cara bagaimana untuk melepaskan rasa sakit hati dengan cara positif

Dari seorang sahabat...
___________________________________________

Kebanyakan orang apabila sakit hati, dia suka pecahkan barang, tumbuk pintu, tendang pagar, lempar piring, memaki hamun tak tentu pasal. Itu semua cara yang negatif.

Mesti ada cara yang positif. Jika Anda mahu lepaskan rasa sakit hati dengan cara yang positif, ini beberapa langkah yang boleh Anda lakukan (ada cara yang sedikit ganjil tapi memang berkesan):

1. Masuk ke dalam kereta, teriak sepuas-puasnya.

Tutup semua tingkap dan pintu selepas itu teriak sekuat hati lama-lama selama yang Anda boleh tahan. Lakukan 2-3 kali berulang-ulang. Anda akan rasa lega selepas itu. Teriak apa yang saja yang Anda terfikir nak teriak. Elak memaki-maki, cuma lepaskan saja kemarahan Anda.

2. Tulis semua yang Anda geramkan.

Ingat perkara-perkara dan situasi-situasi yang Anda geramkan, yang Anda rasa cukup sakit hati. Fikir, bayangakan lepas tu tulis semunya. Anda akan terdorong untuk menulis dengan penuh beremosi. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran, apa yang terbayang di minda. Tulis hingga sudah tidak ada apa lagi yang nak ditulis.

Tak pandai nak mengarang ayat? Gunakan cara seterusnya.

3. Rakam suara Anda untuk melepaskan apa yang membuat Anda sakit hati.

Ambil perakam suara, cakap lalu rakamkan semua apa yang membuat Anda rasa sakit hati. Cakap seolah-olah Anda sedang meluahkan kesemuanya pada seseorang di depan Anda. Cakap dan terus cakap hinggalah Anda kehabisan idea, hingga Anda termanggu-manggu tak tahu apa lagi nak dicakap.

Selepas merakam kesemuanya, Anda ada dua pilihan.

Pilhan pertama, dengar semula apa yang Anda rakam tadi, simpan untuk didengar semula di masa lain. Pilihan kedua, lupakan rakaman suara Anda. Padam semua yang dirakam tadi. Jangan ada rasa sesalan. Just do it!

4. Luahkan pada seseorang.

Ini cara yang selalu dilakukan oleh ramai orang. Luahkan rasa sakit hati Anda pada orang yang berhampiran dengan Anda. Jika Anda kurang senang dengan orang tu, segan atau Anda lihat dia cukup sibuk, tunggu saat dia relaks kemudian bawa dia bersembang sebagai pemula sesi 'meluahkan' Anda.

5. Pergi berjoging kemudian lepaskan semua yang menyakitkan hati ketika sedang berjoging.

Amaran! Jangan terlalu over berjoging semata-mata nak melepas rasa sakit hati. Ketika sedang melepaskan semua yang menyakitkan hati Anda, lakukannya secara berlari atau berjalan pantas. Kesannya Anda akan cepat kehabisan idea seolah-olah tiada apa lagi yang nak diluah selain tercungap-cungap menarik nafas. Cara ini cepat untuk menghilangkan rasa sakit hati.

6. Alaaa..lupakan saja!

Cara ini adalah cara yang paling senang! Tapi ia memerlukan disiplin yang tinggi. Anda perlu menjadi orang yang sangat baik hati. Apabila Anda sakit hati pada sesuatu, pada seseorang, lupakan saja. Buat donno saja, bagaikan tiada apa-apa berlaku. Kemudian, fokus pada kerja, pada apa yang perlu dilakukan.

Muslihat Ayah Minta Duit

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

"Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit... Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Walau bagaimana pun hubungan kita dgn ibubapa kita (baik atau buruk), asal-usul kita tetap daripada mereka!

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' (Pahrol Mohd Juoi)
http://www.stormreaders.net/farizkamis

Tuesday, April 13, 2010

Syamail Rasulullah S.A.W - Imam al-Tirmizi


Syamail Rasulullah S.A.W - Imam al-Tirmizi. Harga RM 45.00. Dapatkan secara online di http://www.stormreaders.net/farizkamis
Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori..., kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
IBADAH:Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa danmembaca al-Quran.
PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa,bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
PENGHIDUPAN:Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.