Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

6 cara bagaimana untuk melepaskan rasa sakit hati dengan cara positif

Dari seorang sahabat...
___________________________________________

Kebanyakan orang apabila sakit hati, dia suka pecahkan barang, tumbuk pintu, tendang pagar, lempar piring, memaki hamun tak tentu pasal. Itu semua cara yang negatif.

Mesti ada cara yang positif. Jika Anda mahu lepaskan rasa sakit hati dengan cara yang positif, ini beberapa langkah yang boleh Anda lakukan (ada cara yang sedikit ganjil tapi memang berkesan):

1. Masuk ke dalam kereta, teriak sepuas-puasnya.

Tutup semua tingkap dan pintu selepas itu teriak sekuat hati lama-lama selama yang Anda boleh tahan. Lakukan 2-3 kali berulang-ulang. Anda akan rasa lega selepas itu. Teriak apa yang saja yang Anda terfikir nak teriak. Elak memaki-maki, cuma lepaskan saja kemarahan Anda.

2. Tulis semua yang Anda geramkan.

Ingat perkara-perkara dan situasi-situasi yang Anda geramkan, yang Anda rasa cukup sakit hati. Fikir, bayangakan lepas tu tulis semunya. Anda akan terdorong untuk menulis dengan penuh beremosi. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran, apa yang terbayang di minda. Tulis hingga sudah tidak ada apa lagi yang nak ditulis.

Tak pandai nak mengarang ayat? Gunakan cara seterusnya.

3. Rakam suara Anda untuk melepaskan apa yang membuat Anda sakit hati.

Ambil perakam suara, cakap lalu rakamkan semua apa yang membuat Anda rasa sakit hati. Cakap seolah-olah Anda sedang meluahkan kesemuanya pada seseorang di depan Anda. Cakap dan terus cakap hinggalah Anda kehabisan idea, hingga Anda termanggu-manggu tak tahu apa lagi nak dicakap.

Selepas merakam kesemuanya, Anda ada dua pilihan.

Pilhan pertama, dengar semula apa yang Anda rakam tadi, simpan untuk didengar semula di masa lain. Pilihan kedua, lupakan rakaman suara Anda. Padam semua yang dirakam tadi. Jangan ada rasa sesalan. Just do it!

4. Luahkan pada seseorang.

Ini cara yang selalu dilakukan oleh ramai orang. Luahkan rasa sakit hati Anda pada orang yang berhampiran dengan Anda. Jika Anda kurang senang dengan orang tu, segan atau Anda lihat dia cukup sibuk, tunggu saat dia relaks kemudian bawa dia bersembang sebagai pemula sesi 'meluahkan' Anda.

5. Pergi berjoging kemudian lepaskan semua yang menyakitkan hati ketika sedang berjoging.

Amaran! Jangan terlalu over berjoging semata-mata nak melepas rasa sakit hati. Ketika sedang melepaskan semua yang menyakitkan hati Anda, lakukannya secara berlari atau berjalan pantas. Kesannya Anda akan cepat kehabisan idea seolah-olah tiada apa lagi yang nak diluah selain tercungap-cungap menarik nafas. Cara ini cepat untuk menghilangkan rasa sakit hati.

6. Alaaa..lupakan saja!

Cara ini adalah cara yang paling senang! Tapi ia memerlukan disiplin yang tinggi. Anda perlu menjadi orang yang sangat baik hati. Apabila Anda sakit hati pada sesuatu, pada seseorang, lupakan saja. Buat donno saja, bagaikan tiada apa-apa berlaku. Kemudian, fokus pada kerja, pada apa yang perlu dilakukan.

Wednesday, March 17, 2010

Di mana nak melabur?

Apa yang saya nak cerita kali ini ialah daripada apa yang saya baca daripada buku Irfan Khairi, Nota Jutawan Nota Motivasi.

Jika anda mempunyai RM100, RM1,000 or RM10,000 dimana perlu anda melabur? Selalunya kita akan beri jawapan di dalam Amanah Saham, Sijil Simpanan Premium or bermacam lagi jenis pelaburan..

Ya.. jawapan itu tidak salah.. cuba anda bandingkan ye, jika kita melabur di dalam Amanah Saham contohnya, return atau keuntungan yang kita perolehi adalah dalam lingkungan 5%-15% sahaja.. Kalau kita melabur RM1,ooo maybe kita boleh dapat RM15o sahaja setahun..

Tetapi cuba bayangkan jika kita menggunakan RM1,000 tadi untuk membeli buku yang boleh kita guna sebagai panduan dan motivasi untuk kita berniaga, dan kita memulakan perniagaan yang boleh mendapat return sehingga 30%, adakah ia lebih menguntungkan?

So, jawapan yang diberikan oleh Saudara Irfan ialah

"Tempat pertama untuk melaburkan wang anda adalah kepada ilmu anda sendiri untuk melipatgandakan pendapatan anda. Jangan kedekut dalam melabur pada ilmu kerana pulngan yang akan anda dapat adalah berkali-kali gandanya"

Anda boleh membeli buku motivasi seperti yang di tawarkan oleh Stormreaders Network.. Antara buku yang saya cadangkan kepada anda baca untuk memulakan perniagaan dan memberi motivasi kepada anda dalam memulakan perniagaan ialah seperti buku Irfan Khairi sendiri iaitu Nota Jutawan Nota Motivasi dan Nota Jutawan Nota Perniagaan. Anda boleh dapakan di www.stormreaders.net/farizkamis

Dengan RM1,000 tadi juga kita boleh memulakan perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar seperti yang ditawarkan oleh Stormreaders Network. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut sila hubungi saya..