Sunday, March 7, 2010

What is MLM?

MLM? ape tu? MLM adalah singkatan kepada malam.. contoh sms "slmt mlm" merujuk kepada selamat malam.. Bukan mlm tu yg saya maksudkan..

MLM yg saya nak cerita ni adalah Multi Level Marketing atau in malay nye Pemasaran Berbilang Tingkat.. merupakan salah satu cabang kepada direct selling.. ok.. masih kurang jelas? mari saya explain dengan lebih jelas lg..

Makcik Temah adalah seorang penjual goreng pisang.. Dia menjual di hadapan rumahnye.. so, hanya orang yg lalu di hadapan rumahnye sahaje yg tau mengenai perniagaan goreng pisang nye.. Ali merupakan pelanggan tetap Makcik Temah.. Hampir setiap hari Ali membeli goreng pisang Makcik Temah kerana Ali tau goreng pisang Makcik Temah memang sedap.. Pada suatu hari Makcik Temah terfikir untuk meluaskan pasaran goreng pisangnye.. So, dia mempelawa Ali menjadi agen nye.. Makcik Temah cakap kat Ali "Ali, ko ni selalu beli kat makcik goreng pisang. Ape kata ko tolong carikan pelanggan untuk beli goreng pisang Makcik. Setiap orang yg beli atas marketing yg ko buat tu ko akan dapat komisyen 20 sen setiap seringgit yg terjual"

Ali pun menceritekan la kepada kawan2nye supaya membeli goreng pisang Makcik Temah.. Hasil jualan makcik Temah telah meningkat dan Ali telah mendapat komisyen diatas marketing yg dibuatnye.. Makcik Temah masih tak berpuas hati dengan jualannya.. So, dia memberitahu Ali "Ali, kalau kawan2 kamu yang membeli disini memberitahu kawan2 kamu yang lain, selain dari terus membeli disini, makcik akan bagi kamu komisyen ke atas setiap agen dibawah kamu tu, dan komisyen keatas jualan kamu dan agen dibawah kamu" Hasilnye, jualan Makcik Temah telah meningkat dan ramai agen telah direkrut oleh Ali.. Semua rangkaian penjual, agen dan pembeli inilah yang dikatan MLM..

MLM merupakan salah satu kaedah yg paling berkesan dlm pemasaran.. Banyak company di Malaysia yang menggunakan kaedah MLM untuk pemasaran produk mereka. Antaranya CNI, Hai-O, dan yag terbaru ialah Stormreaders Network.

Itulah serba sedikit mengenai MLM yang saya nak ceritakan pada posting kali ni.. Saya akan cerita labih jelas dlm posting akan datang..

No comments: